Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.
Kg Pangkat Stumbin merupakan salah satu tempat yang terpilih sebagai membangunkan NADI bagi kemudahan penduduk setempat. Dengan memulakan operasi pada 17 September 2014, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan pelbagai kemudahan seperti
– Kemudahan Internet
– Fotostat
– Cetakan Hitam/Putih/Berwarna
– Pengimbas
– Laminate
Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
Pendaftaran Ahli hanya RM5.00 / Seumur Hidup