Nama Kpg Pangkat pada asalnya ialah Kpg Pangkat Stumbin yang telah diteroka oleh petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam. Kpg pangkat Stumbin telah wujud sekitar tahun 1940. Pada mulanya penduduk di situ terdiri daripada beberapa orang sahaja iaitu petani-petani dari tempat lain.
Pada tahun 2009, Kpg Pangkat Stumbin berpecah kepada dua bahagian kampung iaitu Kpg Stumbin dan Kpg Pangkat. Hal ini terjadi apabila ketua kampung yang pada mulanya hanya seorang sahaja telah dilantik semula menjadi dua orang.
Asal usul nama Kpg Pangkat ialah sempena daripada sungai pangkat yang terdapat di kampung tersebut. Sungai pangkat terletak berhampiran Kpg Pangkat yang menjadi sumber air kepada penduduk kampung pada masa dahulu sebelum adanya kemudahan air.
Kini sebanyak 236 orang penduduk tempatan yang menetap di Kpg Pangkat dan beberapa bangunan kerajaan dan swasta ditubuhkan di kawasan tersebut.