Pengusaha Makanan dan Minuman
Nama : Norliza Maulad Jalai
Umur : 28 Tahun
Ahli : 2017
Latar Belakang
Merupakan Ibu kepada dua anak yang sangat aktif dan sering mengikuti pelbagai aktiviti serta program yang di jalankan di Pusat Internet.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Aktiviti memasak dan membuat kuih hanya untuk seisi keluarga sahaja. Hal ini kerana kekangan masa dan juga menguruskan anak-anak yang masih kecil.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Buat pertama kali selepas pendaftaran menjadi ahli 2017, beliau mengikuti kelas usahawan yang dijalankan di Pusat Internet secara berterusan pada tahun 2019. Pada masa itu beliau mempunyai masa terluang kerana kesemua anak-anaknya telah bersekolah. Hasil pendapatan beliau bertambah semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Ianya berterusan sehingga ke musim perayaan Hari Raya dan Hari Gawai. Pendapatan beliau secara purata sebulan dalam RM2500 sebulan.