|
Tarikh : 01 September 2018 Masa : 08:30 Pagi Tempat : Padang Futsal Kampung Pangkat Stumbin Peserta : 50 orang ke atas |
Tujuan:
Program ini merupakan program kerjasama di antara KRT Kg. Pangkat, Pusat Internet Kg. Pangkat dan juga Mini RTC Kg. Pangkat. Program ini merupakan program santai yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara petugas dan penduduk Kg. Pangkat.
Aktiviti:
1. Menggantung bendera di sekitar kawasan padang futsal secara beramai-ramai.
2. Ucapan alu-aluan oleh ketua kampung.
3. Sukaneka antara setiap kumpulan.
4. Bergambar dengan ahli kumpulan masing-masing (mengikut warna)
5. Penyampaian hadiah bagi pemenang sukaneka.