mcmc
Pendidikan

Pendidikan

SK GRAN STUMBIN
PENDIDIKAN
Di sekitar komuniti setempat, terdapat sebuah Tabika Kemas dan juga sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Gran Stumbin. Pada amnya, penduduk Kampung Pangkat dan penduduk di sekitarnya akan menghantar anak-anak mereka untuk bersekolah di sekolah tersebut.
 
 
Tabika Kemas Kampung Pangkat
Tabika Kemas Kampung Pangkat terletak berdekatan dengan Surau Riadhus Salihin. Tabika tersebut memberi kemudahan kepada para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka yang berumur sekitar 4 tahun sehingga 6 tahun untuk menimba ilmu pengetahuan. 
 
Gambar:
 
 
Sekolah Kebangsaan Gran Stumbin
Sekolah Kebangsaan Gran Stumbin atau secara ringkasnya SK Gran Stumbin merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan, Bahagian Sri Aman. SK Gran Stumbin terletak tidak jauh dari Kampung Pangkat dan jarak antara sekolah tersebut dengan Kampung Pangkat ialah kira-kira 0.5 kilometer. Kebanyakan penduduk Kampung Pangkat bersekolah di SK Gran Stumbin kerana sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah rendah yang paling dekat dengan Kampung Pangkat. Seterusnya, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah, mereka akan bersekolah sama ada di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman, Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang ataupun Sekolah Menengah Kebangsaan Melugu. 
 
Gambar: