mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pelancongan

17098138 1376206429092398 8751310630556178527 n

Terdapat sebuah kawasan pelancongan yang terletak di Kampung Bakong yang mana terletak kira-kira 10 kilometer daripada kampung Pangkat Stumbin dan mengambil masa perjalanan selama 10 hingga 15 minit sahaja. 

Air Terjun Bukit Balau & Air Terjun Empelanjau

Salah satu tempat yang harus dikunjungi sekiranya anda berada di Sri Aman. Jarak perjalanan untuk menuju ke destinasi ini adalah sejauh 35 kilometer dan mengambil masa selama 35 hingga 40 minit daripada bandar Sri Aman. Apa yang menariknya, terdapat dua buah air terjun yang dikenalpasti di kawasan tersebut iaitu air terjun Bukit Balau dan air terjun Empelanjau. Apa yang membezakan kedua-dua air terjun tersebut adalah air terjun Bukit Balau adalah lebih besar dan terletak di kawasan yang lebih tinggi berbanding dengan air terjun Empelanjau. Buat yang pertama kali mengunjungi kawasan air terjun ini, anda pasti terpegun dengan keindahan alam semulajadi tersebut. 

Air Terjun Bukit Balau

21077445 1803147359976044 3925662455999192215 n

Air Terjun Empelanjau