SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL(NADI) KG. PANGKAT STUMBIN
Untuk pengetahuan,Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memfokuskan dengan pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti setempat di kawasan luar bandar. Pelaksanaan program ini dilakukan secara berperingkat bermula dari tahun 2013 dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Pangkat Stumbin yang terletak di Sri Aman, Sarawak merupakan fasa yang ke empat.
OBJEKTIF PENUBUHAN:
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di NADI
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar
VISI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL(NADI)
NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan digital yang berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang wawasan 2020
MISI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL(NADI)
- Pembangunan sumber manusia dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan yang terancang
- Pewujudan penambahbaikan berterusan proses kerja yang berupaya memacu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ke arah pencapaian visi
- Penggunaan teknologi setara untuk manfaat komuniti
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:
- Penggunaan komputer
- Internet (Wifi Zone)
- Imbasan dokumen (Scan)
- Laminate
- Mencetak dokumen (Print)
- Fotokopi (Photostate)
- Penjilidan (Binding)
- Sewa bilik latihan
- Perkhidmatan menaip
- Latihan asas ICT
- Latihan keusahawanan
JUMLAH KEAHLIAN:
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL(NADI) Kg. Pangkat Stumbin telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2014 . Ramai yang telah mendaftar sebagai ahli PEDi Kg. Pangkat Stumbin untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan. Sehingga kini, jumlah ahli NADI yang terkumpul adalah seramai 468 orang.
KENALI PETUGAS PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL(NADI) KG. PANGKAT STUMBIN:
PENGURUS:
Nama: CECELIA ANAK TINGGI
Mula berkhidmat: 21 Mac 2014
No. Telefon: 013-3751802
PENOLONG PENGURUS:

Nama: SITI HUMAYRAH BINTI ABU BAKAR
Mula berkhidmat: 5 JANUARI 2024
No. Telefon: 013-4474047
