TARIKH : 5 & 8 OGOS 2025
MASA : 9.00 AM-11.30 AM
TEMPAT : NADI KAMPUNG PANGKAT STUMBIN
Tujuan :
Kelas Mahir Masak Minggu Kedua yang memfokuskan kepada pembuatan air mocktail memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta bermanfaat. Peserta telah diberi penerangan tentang konsep air mocktail, jenis bahan yang digunakan seperti jus buah, soda, herba segar, dan buah-buahan hiasan. Seterusnya, mereka menjalankan aktiviti praktikal menyediakan mocktail mengikut resipi yang diberikan. Peserta turut diajar cara menghias gelas dan mempersembahkan minuman dengan menarik.