mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Januari 2019 – Program Jom Sihat bersama Pusat Internet

Tarikh    : 20 Januari 2019

Masa     : 07:30 Pagi ~ 01:00 Petang

Tempat : Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin

Peserta : 55 Orang

 

Tujuan:

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin ini bertujuan untuk:

  • Memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat
  • Mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti kampung, agensi, JKKK, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti Sihat 
  • Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknolgi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin telah melibatkan seramai 55 orang peserta yang merangkumi wakil daripada Klinik Kesihatan Tanjung Bijat (seramai 4 orang), wakil daripada Hospital Sri Aman (seramai 10 orang), penduduk tempatan, Ketua Kampung, Penasihat Pusat Internet, Tuai Rumah dan banyak lagi. 

 

Aktiviti:

Antara aktiviti yang di jalankan semasa program tersebut adalah:

  1. Pertandingan Memasak Menu Sihat
  2. Sukaneka
  3. Senamrobik
  4. Pertandingan Mewarna
  5. Dashboard Komuniti
  6. Klik Dengan Bijak
  7. Kempen Derma Darah
  8. Saringan Kesihatan
  9. Kuiz Online

 

 Gambar Disini