| TARIKH : 21 JANUARI 2018
MASA : 08:00 PAGI – 04:30 PETANG LOKASI : DEWAN SUARAH, SRI AMAN PESERTA : UMUM |
Tujuan:
Program ini merupakan program santai jemputan daripada pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dalam sesebuah keluarga. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut adalah sukaneka keluarga, cabutan bertuah, pameran agensi dan sebagainya. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dijemput untuk mengadakan pameran agensi sempena program tersebut. Terdapat agensi lain yang turut mengadakan pameran agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kesihatan, Pejabat Pos, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan beberapa agensi yang lain.
Aktiviti:
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak penganjur adalah:
1. Senamrobik
2. Pameran
3. Persembahan Busking
4. Sukaneka
5. Cabutan Tiket Bertuah dan sebagainya