|
Tarikh : 07 Disember 2018 Masa : 08:30 pagi ~ 05:00 petang Tempat, Bilik Latihan, Pusat Internet Kg. Baru Hilir Sri Aman Peserta : 8 Orang |
Tujuan:
Bengkel ini bertujuan untuk menyampaikan modul baru Advokasi Klik Dengan Bijak kepada para petugas Pusat Internet. Bengkel ini diketuai oleh Ketua Kluster Sri Aman iaitu Cik Sukinah yang merupakan Pengurus di Pusat Internet Kg. Baru Hilir. Modul terbaru Advokasi Klik Dengan Bijak ini disampaikan melalui penggunaan slides, panduan mengajar serta video berkaitan yang telah dibekalkan oleh pihak MCMC semasa menghadiri Program Skim Pembangunan Kapasiti Advokasi 2018/2019 pada bulan lepas yang mana telah dihadiri oleh Ketua dan Penolong Kluster. Selain itu, mesyuarat Kluster Sri Aman quarter 4 juga turut diadakan pada hari yang sama.
Aktiviti:
1. Klik Dengan Bijak Modul 1 – Communication & Multimedia
2. Klik Dengan Bijak Modul 2 – Managing Risks
3. Klik Dengan Bijak Modul 3 – Building Resilience
4. Perbincangan berkaitan perkembangan Menarik di Sri Aman
5. Pelantikan baru ketua dan penolong kluster Sri Aman
6. Perancangan Menarik di Sri Aman sepanjang tahun 2019