|
Tarikh : 15 April 2018 Masa : 09:00 Pagi – 12:00 Tengah hari Tempat : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin Peserta : 14 orang |
Tujuan
Program ini dihadiri oleh 14 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kg. Pangkat Stumbin ini sendiri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan kebaikan menjadi ahli Pusat Internet dan dalam masa yang sama menarik minat penduduk untuk mendaftar sebagai ahli. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menerangkan berkenaan dengan kewujudan dan penggunaan applikasi dashboard komuniti kepada penduduk setempat.
Aktiviti
Para peserta dikehendaki untuk mengisi borang pendaftaran ahli terlebih dahulu dan membayar wang pendaftaran sebanyak RM5.00 untuk seumur hidup. Peserta juga dikehendaki untuk memuat turun applikasi dashboard komuniti ke dalam telefon mudah alih mereka. Setelah penerangan di berikan, para peserta dikehendaki untuk cuba menggunakan applikasi tersebut seperti menulis pos ke ruangan my komuniti. Setelah selesai semua aktiviti, peserta telah diberikan sehelai baju T-shirt dashboard komuniti sebagai cenderahati daripada pihak pusat internet.