USAHAWAN BARANGAN KEPERLUAN WANITA
Nama : Nurfatihah
Umur : 23 Tahun
Ahli : 2017
Latar Belakang
Puan Nurfatihah telah memulakan dropship perniagaan menjual barangan keperluan wanita seperti minyak wangi, produk kurus, jamu & sebagainya sejak awal tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI, beliau hanya menjual produk tersebut di kalangan orang-orang yang terdekat seperti ahli keluarga dan juga rakan-rakan beliau. Skop ataupun target pelanggan beliau hanyalah orang-orang terdekat sahaja. Pendapatan bulanan beliau sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI hanyalah sekitar RM0-RM500 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Melalui kelas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin, beliau kini lebih memanfaatkan laman sosial dengan sepenuhnya. Beliau mempromosikan produk yang di jual melalui Facebook. Beliau mengambil tempahan melalui Facebook dan seterusnya membuat tempahan kepada pembekal. Pembekal akan membuat pengeposan secara terus ke alamat pelanggan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500-RM1000.
