Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q4 2018 – Puan Areena

BURGER KUMBUK Z.E

USAHAWAN PRODUK MAKANAN (BURGER)

 

Nama : Puan Areena

Umur : 21 Tahun

Ahli   : 2017

 

Latar Belakang

Puan Areena telah memulakan perniagaan menjual burger di Kampung Bakong sekitar penghujung tahun 2017 setelah beliau berkahwin dengan penduduk Kampung Bakong itu sendiri. Pada awalnya, beliau menjual air kocak. Tetapi, perniagaan air kocak beliau tidak mendapat sambutan yang memberansangkan daripada penduduk tempatan. Beliau tidak berputus asa dan meneruskan perniagaan beliau dengan mengeluarkan serta menghasilkan burger yang di beri nama burger kumbuk ( Inovasi daripada Nasi Goreng Pattaya )

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI, beliau hanya menjual burger di hadapan rumah sahaja. Skop ataupun target pelanggan beliau hanyalah penduduk Kampung Bakong sahaja. Pendapatan bulanan beliau sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI hanyalah sekitar RM500-RM1000 sebulan. 

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin, beliau kini lebih memanfaatkan laman sosial yang beliau miliki sebelum ini iaitu Facebook dengan cara mempromosikan makanan yang dijual melalui Facebook. Beliau mengambil tempahan melalui Facebook dan akan membuat servis penghantaran makanan yang ditempah. Selain penduduk Kampung Bakong, kini beliau meluaskan lagi servis penghantaran ke Kampung Lingga yang mana merupakan kampung asal beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1100-RM1500.