Nama : Puan Diah binti Jeli
Umur : 45 tahun
Ahli : 2018
Latar Belakang :
Puan Diah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang menetap di Kampung Bakong. Beliau merupakan salah seorang penerima bantuan dana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bahagian Sri Aman, Sarawak. Terdapat beberapa jenis suman lemantak yang dihasilkan oleh beliau antaranya ialah suman lemantak sotong, suman lemantak ikan lumek, suman lemantak payak dan juga suman lemantak kosong. Beliau menghasilkan dan menjual suman tersebut di gerai beliau yang terletak di tepi jalan raya di Kampung Bakong. Beliau mula bergiat aktif dalam penghasilan dan penjualan suman lemantak pada tahun 2017.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI :
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI, beliau hanya menjual suman lemantak di gerai tepi jalan miliknya sahaja dan target pelanggan hanya tertumpu kepada penduduk kampung dan kenalan beliau sahaja. Pendapatan bulanan beliau sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI hanyalah sekitar RM500-RM1000 sebulan.
Selepas penguunaan ICT/penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Pangkat Stumbin yang hanya terletak sejauh 10km dari rumah beliau, beliau kini lebih memanfaatkan laman sosial yang beliau miliki sebelum ini iaitu Facebook dengan cara mempromosikan suman lemantak beliau. Selain penduduk kampung Bakong, kini beliau juga meluaskan lagi servis penghantaran ke kawasan Sri Aman dan kampung yang berdekatan termasuk Kampung Pangkat sekiranya terdapat tempahan daripada pelanggan. Beliau juga kini turut menghasilkan suman lemantak secara sejuk beku. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1100 – RM2000.