Nama : Puan Hajijah Yusop
Umur : 33 tahun
Ahli : 2018
Latar Belakang :
Sebagai seorang surirumah sepenuh masa, Puah Hajijah mempunyai banyak masa terluang di rumah. Masa terluang tersebut digunakan sepenuhnya untuk membuat perniagaan wantan goreng dan rebus. Beliau telah memulakan perniagaan wantan tersebut pada tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI:
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI, beliau hanya menjual di rumahnya yang terletak di Kampung Bakong sahaja dan pelanggan yang beliau perolehi adalah penduduk dari Kampung Bakong sahaja. Pendapatan bulanan beliau sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI hanyalah sekitar RM0-RM500 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI:
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin, beliau kini lebih memanfaatkan laman sosial yang beliau miliki sebelum ini iaitu Facebook dan whatapps dengan cara mempromosikan produk yang di jual melalui Facebook dan whatapps. Selain dari penduduk Kampung Bakong, beliau kini juga telah mengambil tempahan daripada penduduk di Kampung yang berdekatan dan tempahan akan di hantar kepada pelanggan (Kaedah COD). Pendapatan bulanan beliau kini memcecah RM600-RM1000.