Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q3 2018 – Cik Qasidah binti Jaafar

photo6084823874010196126

USAHAWAN PAKAIAN (PRINTED T-SHIRT)

 

Nama : Cik Qasidah binti Jaafar

Umur : 26 Tahun

Ahli   : 2018

 

Latar Belakang 

Cik Qasidah binti Jaafar merupakan seorang surirumah yang merupakan dropship perniagaan printed T-shirt. Sebelum ini, beliau hanya mengambil tempahan daripada kawan-kawan serta penduduk kampun yang berdekatan sahaja. Printed T-shirt yang dijual oleh beliau merangkumi pelbagai saiz termasuk untuk kanak-kanak dan juga untuk dewasa. 

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI, beliau hanya mengambil tempahan t-shirt  daripada kawan-kawan dan juga penduduk kampung yang berdekatan sahaja. Skop ataupun target pelanggan beliau hanyalah penduduk kampung yang berdekatan dan kawan-kawan beliau sahaja. Pendapatan bulanan beliau sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI hanyalah sekitar RM500 – RM1000 sebulan. 

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan produk beliau. Beliau mengambil tempahan melalui Facebook dan kemudian pembekal akan mengepos tempahan beliau terus kepada alamat pelanggan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1100 – RM1500.