USAHAWAN PRODUK MAKANAN
Nama : Noorhanida binti Ali
Umur : 21 Tahun
Ahli : 2017
Latar Belakang
Cik Noorhanida binti Ali merupakan graduan yang sedang menuntut di Universiti Malaysia Sabah (Kampus Labuan. Setiap kali cuti semester, beliau akan mengusahakan perniagaan kek cheese pelbagai perisa yang mana telah di usahakan oleh beliau sebelum melanjutkan pelajaran dahulu. Antara perisa kek cheese yang telah dijual oleh beliau ialah kek cheese perisa strawberry, blueberry dan pandan. Selain itu, beliau juga turut menjual kek yang lain seperti chocolate moist dan cheesekut (biskut cheese). Kebiasaannya, pelanggan beliau terdiri daripada penduduk kampung Bakong itu sendiri. Walaubagaimanapun, adakalanya beliau akan membuat penghantaran ke kampung yang berdekatan sekiranya terdapat permintaan terhadap kek cheese beliau.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI, beliau hanya menjual kek di hadapan rumah sahaja dan itu menyebabkan tidak ramai pelanggan yang mengetahui tentang perniagaan kek beliau. Skop ataupun target pelanggan beliau hanyalah jiran tetangga dan rakan-rakan beliau sahaja. Pendapatan bulanan beliau sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI hanyalah sekitar RM200 – RM400 sebulan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin, beliau kini telah memiliki facebook dan laman perniagaan ( Facebook page) sendiri yang dapat dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan produk beliau. Beliau mengambil tempahan melalui Facebook dan kemudian beliau akan menghantar tempahan tersebut secara COD (Cash on Delivery) bagi pelanggan yang tinggal di kawasan yang berdekatan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM900 – RM1500.