Nama : Puan Sabiyah binti Ramli
Umur : 45 Tahun
Ahli : 2018
Latar Belakang :
Puan Sabiyah merupakan seorang pekerja ladang kelapa sawit . Beliau menjual pelbagai produk makanan seperti mee rojak, kek hati parek, kuih bahulu, kuih kuyak dan sebagainya. Sebagai seorang pekerja ladang, beliau memperuntukkan masa dari jam 8 pagi sehingga 2 petang berada di ladang. Selepas habis waktu bekerja, beliau akan mengisi masa yang terluang dengan menghasilkan pelbagai makanan untuk di jual. Beliau telah memulakan perniagaan menjual kuih muih ini sejak penghujung tahun 2017.
Sebelum penggunaan ICT /penglibatan PI :
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI, beliau hanya menjual di rumahnya yang terletak di Kampung Bakong sahaja dan menjual dari rumah ke rumah. Skop ataupun target pelanggan beliau hanyalah penduduk Kampung Bakong. Pendapatan bulanan beliau sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI hanyalah sekitar RM0 – RM500 sebulan.
Selepas penguunaan ICT / penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin, beliau kini lebih memanfaatkan laman sosial yang beliau miliki sebelum ini iaitu Facebook dengan cara mempromosikan produk yang dijual melalui Facebook. Selain dari penduduk kampung Bakong, beliau kini juga telah mengambil tempahan daripada penduduk di kampung yang berdekatan. Beliau juga mengambil tempahan daripada kawasan luar Sarawak untuk makanan kering seperti kuih bahulu dan menggunakan poslaju sebagai kaedah penghantaran. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM600 – RM1000.