USAHAWAN PRODUK MAKANAN (KUIH-MUIH)
Nama : Puan Siti Halimah binti Mahli
Umur : 30 Tahun
Ahli : 2017
Latar Belakang :
Puan Siti Halimah merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang menjalankan perniagaan menjual kuih muih termasuklah kuih muih tradisional. Puan Siti Halimah telah memulakan perniagaan menjual kuih muih ini sejak awal tahun 2017. Beliau mewarisi serta menuntut ilmu membuat kuih daripada ibu beliau sendiri yang mana merupakan salah seorang penjual kuih yang terkenal di Kampung Bakong.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI :
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI, beliau hanya menjual produk kuih-muih tersebut di kedai runcit milik kakaknya yang terletak di Kampung Bakong. Skop ataupun target pelanggan beliau hanyalah penduduk kampung Bakong dan pelanggan yang mengunjungi kedai runcit tersebut sahaja. Pendapatan bulanan beliau sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI hanyalah sekitar RM0 – RM500 sebulan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI :
Melalui kelas keusahawanan yang dianjurkan serta dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin, beliau kini lebih memanfaatkan laman sosial yang beliau miliki iaitu Facebook dengan cara mempromosikan produk yang dijual melalui Facebook. Beliau kini telah mengambil tempahan daripada Sekolah Kebangsaan Bakong yang mana tempahan tersebut dalam kuantiti yang banyak dan lebih mendatangkan keuntungan kepada beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1100 – RM1500.
