Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q1 2019 – Puan Nadzirah binti Rusli

52143697 2128537317192688 3715311569064689664 o

USAHAWAN PRODUK MAKANAN (SARAPAN PAGI)

Nama: Puan Nadzirah binti Rusli

Umur: 31 Tahun

Ahli : 2017 

 

Latar Belakang:

Puan Nadzirah bertugas sebagai guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bijat. Mengajar KAFA pada sebelah petang memberikan masa yang terluang kepada beliau pada sebelah pagi dan beliau telah mengambil kesempatan tersebut untuk berniaga makanan sarapan pagi. Beliau telah memulakan penjualan sarapan pagi pada tahun 2017. 

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI, beliau hanya menjual menu sarapan pagi di pondok berhadapan dengan rumah sahaja. Skop ataupun target pelanggan beliau hanyalah penduduk Kampung Pangkat serta pelanggan yang kebetulan melalui jalan di mana pondok beliau berada sahaja. Pendapatan bulanan beliau sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI hanyalah sekitar RM500 – RM1000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas asas keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin, yang hanya boleh dikunjungi dengan berjalan kaki dari rumah beliau, beliau kini lebih memanfaatkan laman sosial yang beliau miliki sebelum ini iaitu Facebook dengan cara mempromosikan makanan ataupun menu yang akan dijual pada keesokan harinya. Dengan itu, beliau hanya perlu menghantar makanan yang ditempah oleh pelanggan sahaja. Selain penduduk Kampung Pangkat, kini beliau juga meluaskan lagi servis penghantaran ke kawasan Sri Aman sekiranya terdapat tempahan daripada pelanggan. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100-RM1500.