USAHAWAN PRODUK MAKANAN
Nama : Mohd. Faiyrol bin Raduan
Umur : 37 Tahun
Ahli : 2015
Latar Belakang
Beliau yang pada awalnya bekerja di bandaraya Kuching telah berpindah ke kampung halaman pada tahun 2012 disebabkan masalah kesihatan yang dialami oleh anaknya.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Pada awalnya, beliau hanya menjalankan perniagaan pembuatan roti dan kuih-muih secara kecil-kecilan yang hanya dijual dari rumah ke rumah dan juga berdasarkan tempahan yang dibuat oleh para pelanggan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Kini, perniagaan beliau semakin berkembang setelah mendapat pertolongan serta tunjuk ajar disamping menyertai latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI itu sendiri. PI telah membantu beliau untuk mempelajari cara dan medium yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk yang dijual contohnya dengan menggunakan media sosial sebagai platform untuk meningkatkan lagi jumlah jualan serta jumlah pelanggan beliau. Selain itu, PI juga turut mengajar beliau bagaimana hendak melakukan pembelian secara atas talian. Dengan itu, pembelian barangan seperti bahan mentah adalah lebih murah dan berpatutan sekiranya dibeli secara atas talian dan dalam masa yang sama akan mengurangkan kos produk yang dihasilkan. Bagi mempelbagaikan lagi jenis produk dan meningkatkan lagi rasa produk yang dihasilkan, beliau pada kebiasaannya akan melayari internet untuk mengetahui lebih banyak maklumat yang berguna sekaligus mempelajari lebih banyak resepi.
