Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan – Cik Khairunnisa Sejeli

30414784 188983861897652 5451998752656014579 n

USAHAWAN PRODUK MINUMAN

 

Nama : Khairunnisa binti Sejeli

Umur  : 31 Tahun

Ahli     : 2015

 

Latar Belakang

Cik Khairunnisa merupakan seorang pengusaha warung tepi jalan yang menjual makanan dan juga minuman.  

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI, beliau hanya menjual di warung sahaja dan pelanggan utama adalah pelanggan yang bertandang ke warung beliau sahaja.  Pendapatan bulanan beliau sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI hanyalah RM400 sahaja. 

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dijalankan oleh Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin, beliau kini telah mahir menggunakan media sosial seperti Facebook, Whatapps, Instagram dan sebagainya sebagai platform untuk mempromosikan produk beliau. Beliau mengambil tempahan melalui sosial media dan kemudian beliau akan menghantar tempahan tersebut secara COD (Cash on Delivery) bagi pelanggan yang tinggal di kawasan yang berdekatan Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500