
TARIKH : 16 MEI 2026
MASA : 10.00 AM – 11.30 AM
TEMPAT : NADI KAMPUNG PANGKAT STUMBIN
TUJUAN :
Program NADI Kidventure bagi sesi Webinar Atas Talian: Pelan Perniagaan Mini 2 kali ini memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas perancangan perniagaan secara sistematik. Kelas ini juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam membangunkan idea perniagaan. Ia juga melatih peserta membuat perancangan kewangan asas dan strategi pemasaran yang mudah difahami. Membina keyakinan diri melalui aktiviti pembentangan dan perkongsian idea. Memupuk minat keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sejak usia muda.