mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

Penduduk Kampung Pangkat bergiat aktif dalam aktiviti pertanian yang meliputi kegiatan penanaman padi, tanaman buah-buahan seperti limau manis, nanas, tembikai dan kegiatan menangkap ikan. Meskipun begitu, tumpuan juga diberikan kepada industri kecil dan sederhana (IKS) seperti projek membuat biskut, kerepek pisang dan pelbagai makanan dan minuman

Terdapat beberapa orang penduduk kampung yang bergiat aktif mengusahakan perusahaan membuat keropok, kerepek, kuih muih tradisional iaitu Pn. Saniah Binti Julhi. Beliau telah diberi projek membuat Bumbu Bubur Pedas, Projek Industri Kecil Asas Tani bimbingan daripada Jabatan Pertanian.

Kampung ini juga terkenal dengan “Teh Ais Miak Pangkat” yang diusahakan oleh Cik Noen atau Nur Ain bin Rusli. Terletak di lokasi simpang tiga, merupakan lokasi strategik dan laluan utama Sri Aman – Lingga – Stumbin – Bijat. Selain menjual “Teh Air Pyoorr” juga terdapat makanan, kuih muih dan juga sayur-sayuran bersama jualan beliau.

“Beras Merpati” juga dihasilkan dari kawasan ini. Diusahakan oleh anak tempatan Mohd Shah Effendi, kilang dan juga ladang beliau terletak di Stumbin. “Packaging” Beras Merpati dihasilkan sendiri oleh anak didik PEDi iaitu adik  Cloudia Louisa dimana beliau sering mengikuti kursus anjuran PEDi sendiri mahupun kolaborasi dengan agensi-agensi luar. Kini jenama Beras Merpati telah berjaya memasuki pasaran Kedai Runcit tempatan seperti H&L.

Kesemua hasil perusahaan ini dipasarkan sendiri oleh pengusaha dan melalui orang tengah yang berniaga di Pasar Tani Sri Aman.