Balai Polis Sri Aman
Pengenalan
Bagi aspek keselamatan penduduk kampung Pangkat, mereka merujuk kepada balai polis daerah Sri Aman yang terletak lebih kurang 22km dari kampung Pangkat. Apa-apa hal kecemasan atau jenayah di kampung tersebut akan dirujuk kepada balai polis daerah Sri Aman.
Selain daripada itu, kampung Pangkat juga melantik RELA untuk menjaga keselamatan kampung. Tugas mereka merangkumi menjaga keselamatan kampung dan meronda kampung untuk memastikan kampung berada di dalam keadaan yang selamat dan terkawal. Di kampung Pangkat sendiri anggota RELA diketuai oleh En. Samsudin b. Sulaiman (ketua perhubungan) dan En. Roslie b. Ayup (ketua platun).
Alamat:
Ibupejabat Polis Daerah Sri Aman
Polis Diraja Malaysia
Jalan Hospital,
95000, Sri Aman
Sarawak.
No tel:083-322121
No faks: 083-326544
Emel: kpdsriaman@rmp.gov.my