TARIKH : 6 OGOS 2025
MASA : 10.00 AM – 12.30PM
TEMPAT : DEWAN SK SRI AMAN
Tujuan :
Kempen Internet Selamat yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama NADI di sekolah merupakan inisiatif yang amat bermanfaat dalam mendidik pelajar tentang penggunaan internet secara berhemah dan selamat. Kempen ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ancaman siber seperti penipuan dalam talian, buli siber, penyebaran maklumat palsu dan risiko berkongsi maklumat peribadi tanpa kawalan. Melalui kempen ini, pelajar turut diajar cara-cara untuk melindungi akaun media sosial, mengenal pasti taktik scammer, serta langkah melaporkan sebarang salah laku dalam talian. Ini dapat memupuk kesedaran keselamatan digital sejak usia muda dan membantu melahirkan generasi celik teknologi yang bertanggungjawab.