|
Tarikh : 08 Jun 2018 Masa : 08:00 Pagi ~ 02:00 Petang Lokasi : Mini RTC Kg. Pangkat Stumbin Peserta : 16 orang |
Tujuan:
Program ini merupakan program kerjasama di antara Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin, Mini RTC Kg. Pangkat Stumbin dan juga KRT Kg. Pangkat Stumbin. Program ini disertai oleh 16 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kg. Pangkat Stumbin dan juga merupakan ahli KRT Kg. Pangkat Stumbin. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengajar serta memberi pengetahuan kepada para peserta berkenaan dengan cara membuat biskut raya. Terdapat dua jenis biskut yang dibuat pada hari tersebut iaitu tart nenas dan juga semperit susu. Dalam masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara penduduk kampung dengan petugas PI1M. Selain itu, program ini juga sekaligus dapat memupuk minat para peserta untuk menceburi bidang perniagaan sebagai contoh perniagaan menjual biskut pada setiap kali musim perayaan tiba.
Aktiviti:
Aktiviti merangkumi:
1. Penyediaan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat biskut
2. Penyediaan doh biskut
3. Proses membentuk biskut
4. Proses membakar biskut