
TARIKH : 22 JANUARI 2026
MASA : 3.00PM _ 4.30PM
TEMPAT : NADI KAMPUNG PANGKAT STUMBIN
TUJUAN
Program perkhidmatan NADI x Cybersecurity (Program Cyber Hygiene) ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kemahiran komuniti dalam menjaga keselamatan digital melalui pendedahan kepada cara memeriksa tahap keselamatan aplikasi telefon serta kaedah mengenal pasti rangkaian WiFi berbahaya. Melalui program ini, komuniti dapat melindungi data peribadi, mengelakkan ancaman siber dan penipuan dalam talian, di samping membentuk amalan penggunaan teknologi yang lebih selamat, beretika dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.