mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT – Puan Rokiah anak Banseng

BELAJAR MELAYARI INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Rokiah anak Banseng

Umur : 40 Tahun

Ahli   : 2014

 

Latar Belakang

TR. Rokiah anak Banseng merupakan seorang tuai rumah yang sangat aktif di kampung. Beliau juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi PI Pangkat Stumbin. 

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum ini, apa sahaja tugasan yang melibatkan ICT termasuk menaip, mencetak, mengimbas dan penggunaan internet hanya dilakukanoleh pekerja yang bertugas di cybercafe. Kos untuk membayar pekerja cybercafe untuk melakukan servis menaip, mencetak, mengimbas dan sebagainya pada kebiasaannya adalah tinggi di samping memerlukan lebih masa berbanding sekiranya tugasan tersebut dilakukan oleh diri sendiri. 

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas latihan komputer dan rangkaian internet di sekitar PI, kini segala urusan dokumen seperti surat-menyurat, kertas kerja, minit mesyuarat dan sebagainya dilakukan sendiri oleh beliau tanpa mengharapkan pertolongan orang lain. Namun, beliau seringkali hadir ke kelas komputer untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan beliau yang sedia ada. Dengan adanya pengetahuan berkenaan komputer, kini beliau dapat menjimatkan kos di samping menjimatkan masa.