mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT – Encik Sejeli bin Ramli

BELAJAR MELAYARI INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

 

Nama: Sejeli bin Ramli

Umur : 57 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Encik Sejeli bin Ramli merupakan Ketua Kampung Bakong yang terletak 10km daripada Kampung Pangkat Stumbin. Beliau merupakan seorang ketua kampung yang sangat aktif di kampung dan seringkali mengadakan aktiviti bersama-sama penduduk kampung, parlimen dan juga DUN. Selaku Ketua Kampung, banyak perkara yang memerlukan penggunaan komputer seperti permohonan projek, minit mesyuarat dan sebagainya. 

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum ini, apabila hendak melakukan tugasan yang berkaitan dengan penggunaan komputer seperti menaip, mencetak, mengimbas dan penggunaan internet, beliau pada kebiasaannya akan menggunakan servis yang ditawarkan oleh pekerja yang bertugas di cybercafe. Ini menyebabkan beliau terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi dan memerlukan banyak masa berbanding sekiranya beliau melakukan tugasan tersebut sendiri. 

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah menghadiri dan mengikuti kelas asas latihan komputer di samping rangkaian internet di sekitar PI, kini segala tugasan yang memerlukan beliau menggunakan komputer dilakukan sendiri oleh beliau tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Di samping jarak di antara kampung beliau dengan PI yang dekat juga menyebabkan beliau seringkali bertandang ke PI untuk menyelesaikan tugasannya. Dengan adanya pengetahuan berkenaan komputer, kini beliau dapat menjimatkan kos dan dalam masa yang sama dapat menjimatkan masa.