PENGGUNAAN IT / PUSAT INTERNET UNTUK TUJUAN PEMBELAJARAN DAN PUSAT INFORMASI
Nama : Marshiela Schiffer anak Mergi
Umur : 21 Tahun
Ahli : 2014
Latar Belakang
Cik Marshiela merupakan penuntut dari Universiti Teknologi MARA Shah Alam Beliau seringkali menggunakan kemudahan di Pusat Internet untuk mendapatkan data, menggunakan internet dan sebagainya. Juga menjadikan pusat internet sebagai medium untuk perbincangan (group discussion) bersama-sama rakan sekolah. Penglibatan Cik Marshiela di Pusat Internet adalah pada zaman persekolahan beliau lagi iaitu pada zaman beliau bersekolah di SMK Sri Aman (Tingkatan Enam) dimana masa itu mereka didedahkan dengan penggunaan computer, pembentangan menggunakan slide show/Microsoft Powerpoint. Maka disini bermula pembelajaran mereka dimana mereka mengikuti Kelas Asas Komputer, Intel Training dan pelbagai kelas-kelas lagi yang mampu meningkatkan kemahiran penguasaan ICT mereka.Hal ini berlarutan sehingga beliau memasuki IPTA dimana perkhidmatan Pusat Internet masih lagi menjadi no.1. Hal ini kerana dikampung beliau tidak mempunyai sebarang perkhidmatan telekomunikasi. Pusat Komputer yang jauh dan mahal di Bandar Sri Aman juga menjadi salah satu factor dimana Pusat Internet adalah pilihan pertama untuk digunakan perkhidmatannya.Beliau juga pernah menjadi Part Timer Pusat Internet Pangkat Stumbin selama 5 bulan pada tahun 2016.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Tahap penguasaan adalah ditahap asas sahaja. Beliau hanya tahu menaip perlahan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pangkat Stumbin beliau telah mampu untuk mejadi pembimbing kepada adik-adik beliau. Tahap penguasaan juga semakin meningkat dimana sekarang beliau tidak lagi memerlukan khidmat petugas untuk memberi tunjuk ajar. Beliau juga seringkali dipelawa untuk menjadi sukarelawan Pusat Internet sekiranya ada aktiviti yang melibatkan pihak luar. Hal ini kerana beliau mengetahui selok belok di pusat internet seperti Pemeriksaaan Tekanan Darah, Program Dashboard dan sebagainya.