Nama : Puan Saniah binti Julhi
Umur : 58 tahun
Ahli : 2015
Latar Belakang :
Puan Saniah merupakan seorang surirumah tangga sepenuh masa. Beliau merupakan seorang usahawan yang menjual produk bumbu bubur pedas yang mana merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk membuat hidangan tradisi Sarawak iaitu Bubur Pedas. Beliau menghasilkan bumbu bubur pedas tersebut di rumah beliau sendiri. Beliau mula bergiat aktif dalam penghasilan serta penjualan bumbu bubur pedas pada tahun 2015.
Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI :
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI, beliau hanya menjual bumbu bubur pedas kepada penduduk kampung dan kenalan beliau sahaja. Pendapatan bulanan beliau sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI hanyalah sekitar RM1000 – RM1500 sebulan.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin yang hanya boleh dikunjungi dengan berjalan kaki dari rumah beliau, beliau kini lebih memanfaatkan laman sosial yang beliau miliki sebelum ini iaitu Facebook dengan cara mempromosikan bumbu bubur pedas beliau. Selain penduduk Kg Pangkat, kini beliau juga meluaskan lagi servis penghantaran ke kawasan Sri Aman sekiranya terdapat tempahan daripada pelanggan. Kaedah pengeposan dengan menggunakan poslaju bagi pelanggan di luar kawasan Sri Aman dan Semenanjung juga turut dilakukan oleh beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1600 – RM2000.