mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November: Kelas ICT (Microsoft Office Word) – Surat Rasmi & Tidak Rasmi

 Tarikh : 05 November 2018

Masa    : 09:00 pagi ~ 10:30 pagi

Tempat : Bilik Latihan, Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin

Peserta  : 10 Orang

Tujuan:

Program ini bertujuan untuk  meningkatkan kemahiran para peserta untuk menaip dengan menggunakan perisian Microsoft Office Word di samping memberi pendedahan serta tunjuk ajar bagaimana untuk membuat surat-surat rasmi dan tidak rasmi yang berkemungkinan besar akan mereka gunakan pada masa akan datang contohnya sekiranya hendak menulis surat rasmi pemberitahuan tidak dapat hadir ke kelas. Seramai 10 orang peserta yang menyertai kelas ini yang mana terdiri daripada pelajar tahun 4 sehingga 6 yang bersekolah di SK Gran Stumbin. 

 

Aktiviti

1. Menerangkan setiap fungsi komponen yang terdapat di dalam perisian Microsoft Office Word

2. Memberi penerangan tentang format surat rasmi dan juga surat tidak rasmi

3. Menaip contoh surat rasmi dan tidak rasmi

 

Gambar Disini