BELAJAR MELAYARI INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK.
Nama : Rafael Noel anak Kenneth
Umur : 15 tahun
Ahli : 2014
Latar Belakang
Rafael Noel anak Kenneth merupakan anak jati Tanjung Bijat yang menetap di Kg Sembayang. Kg ini terletak di seberang sungai Batang Lupar yang tidak mempunyai akses jalan raya dan juga perkhidmatan telekomunikasi. Begitu juga pembangunan dari segi elektrik dan juga bekalan air bersih. Pada 2013 mereka telah berpindah ke Sembayang Ban iaitu setelah kematian ayah tercinta.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau tidak tahu menggunakan komputer mahupun internet disebabkan tiada kemudahan tersebut walaupun sering kali didedahkan oleh guru-guru disekolah.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Beliau mendaftar pada awal pusat internet beroperasi dan menjadi pengguna yang aktif. Beliau hadir ke setiap kelas yang dianjurkan dan juga setiap aktiviti yang melibatkan pusat internet pada masa cuti sekolah mahupun hujung minggu. Kelas yang konsisten menjadikan beliau semakin mahir menggunakan komputer dan penggunakan internet yang bijak.