mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan – Puan Halimah Ali

WhatsApp Image 2018-06-22 at 11.13.10

USAHAWAN PRODUK MAKANAN

 

Nama : Halimah binti Ali

Umur  : 41 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Puan Halimah binti Ali merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang menetap di Kampung Bakong, Sri Aman Sarawak. Puan Halimah serta suaminya merupakan penjual ikan terubuk masin secara kecil-kecilan di sekitar Kampung Bakong. Selain itu, beliau juga menjual ikan terubuk masin di kawasan kampung yang berdekatan seperti Kampung Pangkat Stumbin dan juga Kampung Lingga. Beliau mendapatkan bekalan ikan terubuk mentah daripada Kuching dan seterusnya akan di proses sendiri oleh beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI, beliau dan suaminya menjual dari sebuah rumah ke rumah yang lain. Skop ataupun target pelanggan beliau hanyalah penduduk di Kampung Bakong dan kampung yang berdekatan sahaja. Pendapatn bulanan beliau sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI hanyalah dalam lingkungan RM500 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat dijadikan sebagai platform untuk mempromosikan produk beliau. Beliau mengambil tempahan melalui Facebook dan kemudian beliau akan menghantar tempahan tersebut secara COD (Cash on Delivery) bagi pelanggan yang tinggal di kawasan yang berdekatan dan menggunakan kaedah pos bagi pelanggan yang tinggal di kawasan yang jauh seperti di Semenanjung Malaysia. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2500 – RM3500.