mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Keusahawanan D.I.Y Brooch

Tarikh : 11 Mei 2018

Masa : 01:30 Petang – 05:00 Petang

Lokasi: Mini RTC Kg. Pangkat Stumbin

Peserta: 6 Orang

Tujuan:

Program ini merupakan program kerjasama antara pihak Pusat Internet Kg. Pangkat Stumbin dan pihak Mini RTC Kg. Pangkat Stumbin. Seramai 6 orang peserta yang telah menghadiri program ini yang mana mereka terdiri daripada penduduk kampung yang berdekatan. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi ilmu pengetahuan membuat keronsang dengan menggunakan lebihan kain ataupun baju terpakai kepada para peserta. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk minat berniaga di kalangan peserta yang hadir. 

 

Aktiviti:

Pada awalnya, peserta didedahkan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat keronsang iaitu daripada lebihan kain ataupun baju terpakai. Seterusnya, tunjuk ajar serta cara untuk menghasilkan keronsang tersebut diajar oleh penolong pengurus PI dan petugas Mini RTC itu sendiri. 

 

Gambar Disini